Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
anyway i just love this song.kind of menaikkan semangat utk bekerja jgk:) lagu ini merupakn lagu tema bg sambutan hr guru peringkat kebangsaan bg tahun 2009 and naz want to dedicate this song to my fellow spf coursemate, mpm coursemate, cikgu2 smk ayer baloi, cikgu2 kwn2 seangkatan induksi, cikgu2 yang telah mendidik saya dari kecil hingga sekarang of course, kepada cikgu safwan tersayang (hummph sejak bila syg jd cikgu nih?), mama and ayah yang bertugas sebagai guru~SELAMAT HARI GURU.terima kasih cikgu!
bila bercakap tentang hari guru, teringat pulak sekolah. yepp sy memang kerja kt sekolah (dr kecik smpai pencen pn kt sekolah ke? *owh plz tidak* ahaha.ni kes lain.sy teringat sekolah tempat sy menimba ilmu dr seawal usia 7 tahun sampai lah 17 tahun:)
umur 7-12 tahun (1991-1996)
ni lencana sekolah saya. SK Bandar Pontian. UPSR batch 1996. masa tu last UPSR 4 subjek. alhamdulilah saya dapat 4A:)~credit to cikgu suri, cikgu siti mariam, cikgu wasantha, cikgu simin, cikgu hadijah denan, cikgu misliah & cikgu2 skbp yang lain kerana telah mengajar sy asas utk menjadi seorang manusia. cikgu2 ni power beb. ingat lg time math. x hafal sifir kna ketuk jari ng pembaris dude. ahaha.masa time drjah 6 plak blajar ng teacher wasantha, markah bi x pernah kurang 90% *weee.masa tu rasa nape la kacang sgt bi ni.ahaha. x lupa jgk ms sekolah rendah,saya 3 beradik (along, dekpi a.k.a kalut ng ami, nina x sekolah lg masa tu) hari2 kitorang merupakan org pertama yang sampai kesekolah.pukul 6.20 pagi taw.memang otai habis la.kdg2 pakcik jaga tu tdo smpai kitorg tukang kejut dia bgn.huhuhu. bkn sebab smangat sgt nak pi awal. tp ms tu ayah jd guru besar kt sk sg boh & sekolah dia jauh sgt2 (approximately ambil ms 1 jam kot dr rumah). so kitorg pn terkena jgk kua awal2 utk smapai ke sekolah:)
lepas habis sekolah rendah, jarang sangat jumpa geng2 yang lain (1-3 biru, 4-6 merah) yg aku masih ingat diana nadia si budak cantik yang tinggal kt belakang rumah, hidayah yang aku jumpa tiap2 hari kt sekolah :P, selain dari tu, ilek. x jumpa sape2 pn lagi.hehe.sekadar menyebut beberapa nama: huda, zareze, zafefe, azmir, zainab, azmi, saidatul azwa, jihan, faezah~kepada rakan2 yang tertinggal, sila buat reunion balik bg meng refresh ingatn nornaz.hehehe
umur 13-15 tahun (1997-1999)
ini plak sekolah yang kedua which is SMK Seri Perhentian Pontian. sekolah ni terletak kt depan rmh je. so hari2 pergi sekolah pn sy jalan kaki. sekolah ni jgk tempat mama sy mengajar.mula msuk sekolah ni, baru dpt kwn2 baru dari kaum chinese & kawan2 sy ni sgt2 friendly! tan wee min, lit han, richard & ming zhi yang bertugas sbg doktor skrg, saw shuey ding yang mana papanya merupakan rakan sekerja ku, anak tokey yamaha wyvette, si cantik lam khai shing, dan tidak ketinggalan jgk geng2 malay faiz saadah, anis, diana, azila, mazdiana, mastura,anuar arshad, azmi weck, sufian hadi,khyruzihan, arifin *sekadar menyebut beberapa nama* yang kini tidak tahu perkembangan berita.
apa yang best bila masuk sekolah ni adalah sy dikenali sebagai anak cikgu zamnah :) weee.hehehehe.kt kantin ble mkn makanan cikgu sbb mama saya ambilkan, jd pengawas yang x berkaliber, masuk pertandingan2 dan menang3! hehe.tp apapun jd anak cikgu kna la jg nama baik mama sendiri kan. obviously sy sgt baik di sekolah itu.ngeh2.
umr 16-17 tahun (2000-2001)
okeh ini sekolah saya yang ketiga. lepas dpt result PMR yang flying colours, sy masuk pulak sekolah ni. SM SAINS MUAR. 2 tahun kt sini byk mengajar erti kehidupan. yang paling unik kt sekolah ni, kubur kat kwasan sekolah. memang haunted! SAMURA a.k.a Science Muar Royal Academy~haha suka2 je letak nama royal* ni letaknya kt tanjung agas, 10 minit je naik bas buruk itu. dekat je ng bandar. 2 tahun ni la sy belajar apa itu mathurat, usrah, tiap2 ptg joging di tep padg (hmm ke track di tepi kubur?) puasa isnin-khamis (bg mengurangkan kutukan2 terhadap mknan y disediakan di dwn makn, jika tidak dianggap tidak bersyukur), time rehat berbondong2 pergi ke koop membeli air susu uht dan juga sebungkus roti krim y sedap tidak terdapat dimana2 selain di situ, celebrate birthday dgn gaya tersendiri (campak kolam bg putera & pakai baju warna warni yang x matching lagsung dan diusung kesana kemari semasa prep mlm berjalan)..owh tidak lupa juga ckgu2 hustler spt cikgu sidon yang memulakan kelas add math seawal jam 6.45 pagi jika-tidak-sampai-pada-masa-yang-ditetapkan-sila-dapatkan-habuan-pelempang-di-muka, cikgu fatimah yang seselamba mencampak kan hasil karangan bm tahap rubbish ke lntai, cikgu sejarah yang memberikan kami point2 utk dihafal *owh kalau awak hafal satu buku teks sejarah tingkatan 4&5 tu lagi baguih nooo* ahaha.ingatan bersama kalian tetap ku ingat hingga ke akhir hayat.
kepada semua guru2 yang mewarnai hidupku, penghargaan yang tidak ternilai ku ucapkan.
terima kasih cikgu!
No comments:
Post a Comment