Sunday, June 7, 2009

disertasi sarjana


sekarang sudah bulan jun.pada julai nanti sy akan memulakan semester ketiga bg pengajian sarjana.slh satu subjek yang perlu diambil adalah projek sarjana. hmm.baru sy sedar sy sudah perlu memikirkan tajuk2 yang relevan dan menyiapkan proposal utk dibentangkan kpd pensyarah penyelia apabila naik semster nanti.saya ada lebih kurang sebulan sahaja lagi. apabila difikirkan kembali, masa depan penyelidikan pendidikan matematik di Malaysia sangat berkembang. tetapi, buat masa ini penyelidikan yang dijalankan bersifat sporadik dan kurang penyelarasan. Fokus penyelidikan banyak bergantung kepada sebab penyelidikan itu dijalankan (untuk memperoleh Ijazah sarjana? mcm sy..) dan faktor penyelia juga banyak mempengaruhi jenis penyelidikan yang dijalankan (eh..mcm sy lagi.hehe) saya rasa KPM perlu menyediakan suatu garis panduan kehendak permasalahan dan keperluan yang perlu dirungkai secara ilmiah bagi membolehkan input yang didapati daripada kajian yang dijalankan oleh penyelidik digunakan sebagai penyelesaian bagi mengatasi permasalahan yang timbul daripada sistem pendidikan di malaysia.

p/s: sila jangan bermalas-malasan lagi cik nazifa!
cuti semester anda sudah oficially tamat :p

No comments:

Post a Comment